Skip to main content
Please wait...

Delegasi PGN telah mengadakan kunjungan ke NAHRIM untuk bertemu pihak NAHRIM serta pihak Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands bagi bersama-sama membincangkan cadangan pembangunan Web GIS kawasan Cameron Highlands menggunakan platform MyMAPS. MyMAPS, sebuah platform yang dibangunkan oleh PGN telah dicadangkan sebagai platform Web GIS dan medium kolaborasi bersama NAHRIM serta semua agensi yang terlibat dalam Jawatankuasa Transformation Task Force Cameron Highlands ini.

Semua delegasi yang hadir turut dibawa melawat ke Makmal Hidraulik Instrumentasi, sebuah makmal bertaraf antarabangsa yang dikendalikan oleh NAHRIM.