Skip to main content
Please wait...

Mesyuarat ke-74 Jawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara (JPDSN) telah diadakan pada 5 Julai 2023 di Sabah Hotel, Sandakan, Sabah. Mesyuarat ini telah diadakan bertujuan untuk melaporkan dan menyelaraskan aktiviti berkaitan pemetaan serta membincangkan hala tuju pembangunan data spatial yang boleh dimanfaatkan bersama demi kepentingan negara. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia II.

Mesyuarat JPDSN pada tahun ini telah dihadiri seramai 35 orang pegawai daripada pelbagai jabatan dan agensi seperti Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS), Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS), Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak, Pusat Geospatial Negara (PGN), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Malaysia Defence Intelligence Organisation (MDIO) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Secara keseluruhannya, terdapat 21 pembentangan terdiri laporan daripada aktiviti jawatankuasa teknikal, kumpulan kerja, jabatan dan agensi. Di antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah seperti aktiviti-aktiviti semasa pada tahun 2023, perancangan aktiviti-aktiviti pada tahun 2024, isu-isu berbangkit dan cabaran. Pada 6 Julai 2023 pula telah berlangsung lawatan teknikal di Rainforest Discovery Center (RDC), Sepilok, Sandakan. RDC Di antara tujuan lawatan teknikal ini adalah untuk perkongsian ilmu dan memberi pendedahan kepada ahli-ahli Mesyuarat JPDSN berkaitan dengan perhutanan, pengurusan di kawasan rekreasi dan ekopelancongan.