Skip to main content

Mesyuarat Pemantauan Status Pelaksanaan Aplikasi MyGIS Hasil Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)

Mesyuarat  Pemantauan Status Pelaksanaan Aplikasi MyGIS Hasil Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)

10 Julai 2024, Rabu

2:30 petang – 4:30 petang

Majlis Bandaraya Alor Setar

Melibatkan 5 orang pegawai dari MBAS dan 4 orang pegawai dari Cawangan Perkhidmatan Geospatial, Pusat Geospatial Negara (PGN)

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk:

  1. membincangkan status penggunaan aplikasi MyGIS Hasil;
  2. membincangkan keperluan penambahbaikan;
  3. mengenal pasti isu dan cadangan penyelesaian; dan
  4. meningkatkan jalinan kerjasama antara PGN dan juga MBAS.
  1. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan/ Ketua Bhg. Kawalan Perancangan iaitu Encik TPr. Abdul Ghani bin Osman.
  2. Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan/ taklimat berkenaan keperluan penambahbaikan aplikasi MyGIS Hasil yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah (WEB), Puan Azira binti Ibrahim dan disusuli dengan pembentangan MBAS oleh Puan Azie Liana binti Alias.
  3. Mesyuarat telah berjaya mengenal pasti ruang penambahbaikan, isu dan cadangan penyelesaian untuk tindakan bersama.