Mesyuarat Pemantauan Status Pelaksanaan Aplikasi MyGIS Hasil Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)
10 Julai 2024, Rabu
2:30 petang – 4:30 petang
Majlis Bandaraya Alor Setar
Melibatkan 5 orang pegawai dari MBAS dan 4 orang pegawai dari Cawangan Perkhidmatan Geospatial, Pusat Geospatial Negara (PGN)
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk:
- membincangkan status penggunaan aplikasi MyGIS Hasil;
- membincangkan keperluan penambahbaikan;
- mengenal pasti isu dan cadangan penyelesaian; dan
- meningkatkan jalinan kerjasama antara PGN dan juga MBAS.
- Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan/ Ketua Bhg. Kawalan Perancangan iaitu Encik TPr. Abdul Ghani bin Osman.
- Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan/ taklimat berkenaan keperluan penambahbaikan aplikasi MyGIS Hasil yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah (WEB), Puan Azira binti Ibrahim dan disusuli dengan pembentangan MBAS oleh Puan Azie Liana binti Alias.
- Mesyuarat telah berjaya mengenal pasti ruang penambahbaikan, isu dan cadangan penyelesaian untuk tindakan bersama.