Skip to main content
Please wait...

Sempena Public Sector CIO Convex (PSCC) 2019 yang dianjurkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), MaCGDI telah dijemput untuk menyertai pameran di persidangan tersebut. PSCC 2019 telah diadakan pada 8 dan 9 Oktober 2019 bertempat di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. PSCC 2019 merupakan perhimpunan tahunan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) agensi kerajaan, rakan strategik industri, pakar tempatan serta antarabangsa bagi membincangkan secara bersama mengenai teknologi, inisiatif dan cara lain bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

 

Dengan tema 'Gaining the Edge: Navigating the Future', ianya dihadiri kira-kira 1,300 peserta termasuk 21 pembentang antarabangsa daripada sembilan (9) buah negara dan 16 pembentang tempatan. Pameran PSCC 2019 secara keseluruhannya telah mempamerkan produk dan perkhidmatan berkaitan teknologi maklumat (ICT) daripada pelbagai sektor. Kehadiran para peserta di ruang pameran ini dapat memberikan pendedahan dan meningkatkan lagi pengetahuan mereka terutamanya dengan trend teknologi ICT terkini.

 

Istimewanya, MaCGDI merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang diberikan pengiktirafan untuk bersama-sama MAMPU dalam menjayakan pameran sempena PSCC 2019. YBhg. Dato’ Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU bersama-sama pengurusan tertinggi MAMPU telah meluangkan masa untuk mengunjungi booth pameran MaCGDI dan berpeluang melihat dengan lebih dekat usaha dan kejayaan kolaboratif MaCGDI bersama agensi lain di bawah Program MyGDI.

 

MaCGDI ingin menzahirkan sekalung penghargaan kepada pihak MAMPU kerana sudi menjemput MaCGDI untuk menyertai pameran ini dan berharap penganjuran persidangan seumpama ini membolehkan agensi kerajaan untuk bergerak lebih pantas dalam merancang serta memberikan perkhidmatan dengan lebih efisien dan berkesan kepada rakyat.