Skip to main content
Please wait...

Pelaksanaan  Audit Pemantauan Tahun Kedua bagi Pensijilan Semula ISMS ISO/IEC 27001:2013  MaCGDI telah dilaksanakan pada 16 dan 17 Mei 2019. Pelaksanaan ISMS yang merangkumi skop “Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) untuk menyediakan perkhidmatan keselamatan maklumat bagi Perkongsian Data Geospatial MaCGDI” telah dilaksanakan oleh juru audit SIRIM yang diketuai oleh Encik Azran bin Mohammad Ridzuan. Hasil daripada Laporan Penemuan Audit SIRIM mendapati tiada sebarang Laporan Ketakakuran (NCR) dan Laporan Peluang Penambahbaikan (OFI) direkodkan serta disyorkan untuk diteruskan pensijilan.

 

TAHNIAH MaCGDI! SEMOGA DAPAT MENGEKALKAN PEMATUHAN AMALAN TERBAIK DALAM PENGURUSAN MENGIKUT STANDARD ISO/IEC 27001:2013