Skip to main content
Please wait...

13 September 2019 | Jumaat - Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) telah melancarkan portal baharu yang mana ianya kini tampil dengan lebih berinforgrafik, informasi terkini,  mesra pengguna dan mempunyai rekabentuk antaramuka lebih moden sejajar dengan revolusi industri 4.0. Capaian MyGeoportal baharu dengan rasminya boleh dilayari di url : https://www.mygeoportal.gov.my/.

 

Malaysia Geoportal (MyGeoportal) ini merupakan sumber rujukan kepada maklumat serta aktiviti geospatial di Malaysia dan SDI antarabangsa. MyGeoportal membolehkan pengguna meneroka, melihat dan mengakses pelaksanaan MyGDI, inisiatif, program dan aplikasi-aplikasi yang berkaitan geospatial.