Skip to main content
Please wait...

Pada 24 Januari 2018,  Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) telah mengadakan satu perbincangan bersama Malaysia Invesment Development Authority (MIDA) yang bertempat di Bilik Mesyuarat Permata Aras 7 MaCGDI, NRE yang telah dipengerusikan oleh Encik Hanafi bin Bujang dimana melibatkan 8 orang pegawai dari MIDA.

 

Tujuan mesyuarat ini adalah membincangkan mengenai Latar belakang Projek MyCorrridor Modul GIS versi Web App Builder yang telah dibangunkan pada tahun 2017 yang menggunakan platform MyGOS yang sebelumnya dibangunkan menggunakan versi Flex.Mesyuarat ini juga dibentangkan prototaip MyCorridor GIS versi Web Apps Builder yang menggunakan platform MyGOS sepenuhnya.

 

Portal MyCorridor Modul GIS merupakan aplikasi berasaskan Geographic Information System (GIS) yabg telah berjaya dibangunkan dengan kerjasama MAMPU dan MaCGDI.Ia juga merupakan Modul GIS dibawah Projek Government Regional Electronic Advancement Transformation (GREAT) Fasa 2.

 

Melalui perbincangan ini juga,berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak, aplikasi Portal MyCorridor GIS diletakkan di server MaCGDI dan diakses daripada Portal Rasmi MyCorridor.