Skip to main content
Please wait...

Sesi Transfer of Technology Projek Eco-Tourism Parlimen Ledang telah diadakan pada 10 April 2018 (Selasa) di Bilik COE, Aras 8 , Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI). Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan kemahiran susulan penyerahan Aplikasi Eco-tourism Ledang.

 

Kursus ini diadakan selama satu (1) hari melibatkan peserta dari Majlis Daerah Tangkak yang terdiri daripada:

• Wakil dari Bahagian Perancangan Bandar;

• Wakil dari Bahagian Teknologi Maklumat;

• Wakil dari Bahagian Sumber Manusia; dan

• Wakil dari Unit Pelancongan.

 

Antara modul – modul yang terlibat seperti:

• Proses Geocoding data;

• Latihan pengemaskinian data ke aplikasi; dan

• Hands on kepada Aplikasi Eco-tourism ledang;