Skip to main content
Please wait...

Taklimat Sistem Pengurusan Serahan Data (SPSD) bersama Agensi Pembekal Data (APD)

Taklimat Sistem Pengurusan Serahan Data (SPSD) bersama Agensi Pembekal Data (APD) telah diadakan pada Selasa, 31 April 2024 secara dalam talian dan dihadiri oleh 32 orang peserta daripada pelbagai APD. 

Taklimat diadakan bertujuan memperkasa dan menyebar luas penggunaan SPSD kepada APD. Selain itu, demo SPSD juga turut disampaikan untuk memberikan pendedahan penggunaan SPSD kepada APD. Taklimat ini diurusetiakan oleh Sr Murdinah Binti Abdul Rahim dan disampaikan oleh Puan Ani Khairiah Binti Arudin.

Secara keseluruhannya, taklimat berjalan lancar dan APD memberi sambutan yang baik terhadap pelaksanaan SPSD. APD juga melibatkan diri secara aktif dalam sesi soal jawab menggunakan google meet chat messages.