Skip to main content
Istilah Sumber dan Definition adalah berdasarkan dokumen ISO/TC 211 Multi-Lingual Glossary of Terms (MLGT).
Bidang, Subbidang, Istilah Sasaran dan Huraian adalah daripada Kumpulan Kerja Multi-Lingual Glossary of Terms Maklumat Geografi/Geomatik (KKMLGT).

Tekan butang abjad sebelum membuat Carian Istilah
A B C D E F G H I J K L M N O P q r s t u v w z
ID/ISO/TC211 Istilah Sumber Istilah Sasaran Definition Huraian

1944

Relative accuracy

ketepatan relatif

Closeness of the relative positions of features in a dataset to their respective relative positions accepted as or being true.

Kedudukan relatif terhampir dalam set data berbanding titik rujukan sementara.

ID/ISO/TC211 Istilah Sumber Istilah Sasaran Definition Huraian

377

relative position

kedudukan relatif

Position of a point with respect to the positions of other points.

Kedudukan yang ditentukan berdasarkan titik rujukan. Titik rujukan ialah tempat yang berada di sekeliling kedudukan relatif yang ingin digambarkan. 

ID/ISO/TC211 Istilah Sumber Istilah Sasaran Definition Huraian

1249

remediation

pemulihan

Act or process of correcting a fault or deficiency.

Proses pembetulan kesilapan atau kekurangan.

ID/ISO/TC211 Istilah Sumber Istilah Sasaran Definition Huraian

379

remote sensing

penderiaan jauh

Collection and interpretation of information about an object without being in physical contact with the object.

Kaedah pencerapan data permukaan bumi, suatu objek, daerah atau fenomena yang dilaksanakan dari jauh iaitu dengan menggunakan penderia yang diletakkan pada pelbagai platform seperti satelit, pesawat dan dron. 

ID/ISO/TC211 Istilah Sumber Istilah Sasaran Definition Huraian

1328

render

render/ kemas gabung

Conversion of digital graphics data into visual form.

Penukaran data grafik digital ke dalam bentuk visual.

ID/ISO/TC211 Istilah Sumber Istilah Sasaran Definition Huraian

380

request

permintaan

Invocation of an operation by a client.

Permohonan daripada pelanggan/ pengguna.

ID/ISO/TC211 Istilah Sumber Istilah Sasaran Definition Huraian

1412

resolution (of a imagery)

resolusi imejan

Smallest distance between two uniformly illuminated objects that can be separately resolved in an image.

Nilai paling kecil yang direkodkan dalam satu piksel.

ID/ISO/TC211 Istilah Sumber Istilah Sasaran Definition Huraian

639

resolution (of a sensor)

resolusi penderia

Smallest difference between indications of a sensor that can be meaningfully distinguished.
Note to entry: For imagery, resolution refers to radiometric, spectral, spatial and temporal resolutions.

Nilai paling kecil yang direkodkan oleh penderia yang boleh dikenalpasti dengan jelas.
Nota kepada entri : Untuk imejan, resolusi merujuk kepada resolusi radiometrik, spektral, spatial dan temporal.

ID/ISO/TC211 Istilah Sumber Istilah Sasaran Definition Huraian

1342

resolve

Selesai

Retrieval of a referenced resource and its insertion into a server-generated response document.

Mendapatkan semula sumber rujukan dan memasukkannya ke dalam dokumen maklum balas yang dijana menerusi pelayan (server-generated response document).

ID/ISO/TC211 Istilah Sumber Istilah Sasaran Definition Huraian

1358

resource

sumber

Identifiable asset or means that fulfils a requirement.

Aset atau cara yang dapat dikenal pasti untuk memenuhi keperluan.

ID/ISO/TC211 Istilah Sumber Istilah Sasaran Definition Huraian

384

response

tindak balas

Result of an operation returned from a server to a client.

Hasil operasi proses yang dibuat oleh pelayan/ server dikembalikan kepada pelanggan.

ID/ISO/TC211 Istilah Sumber Istilah Sasaran Definition Huraian

1197

responsibility

tanggungjawab

Formal or informal obligation to do something.

Kewajipan seseorang untuk bertanggungjawab terhadap keputusan atau tindakan secara rasmi atau tidak rasmi yang dibuat bagi pihak tertentu.

ID/ISO/TC211 Istilah Sumber Istilah Sasaran Definition Huraian

1573

restriction

sekatan

Formal or informal obligation to refrain from doing something.

Kewajipan untuk menahan daripada melakukan sesuatu.