Putrajaya | 8 Ogos 2016 - Aplikasi MyGeoMap dan Aplikasi MyGOS telah dilancarkan baru-baru ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC) yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB. Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri sempena Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS Ke-7) pada 8&9 Ogos 2016. 1Malaysia Map merupakan aplikasi yang telah dibangunkan khusus untuk pengguna awam dalam menarik minat dan memberi kefahaman kepada pengguna awam berkenaan GIS. MyGOS merupakan satu platform perkongsian maklumat geospatial di antara agensi kerajaan dalam persekitaran yang selamat.