Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Gerakan SUPS, Tingkat 9, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93578, Kuching, Sarawak pada 17 November 2015. Sebanyak 19 agensi telah terlibat di dalam mesyuarat ini bagi membincangkan pelbagai isu dan kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard sepanjang tahun 2015. Selain itu turut dibincangkan adalah kertas makluman Pemakaian Malaysian Standard for Geographic Information/Geomatics - Feature and Attribute Codes (MS 1759), Penyelarasan Standard Pemakaian Kod Simbol dan Warna Simbol Kategori Transportation dan Utility dan juga Perancangan bagi Tahun 2016. Berikut adalah agensi yang telah terlibat di dalam mesyuarat ini.
- 1. Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI)
- 2. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
- 3. Jabatan Ukur dan Pemetaan Wilayah Persekutuan Labuan
- 4. Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS)
- 5. Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS)
- 6. Jabatan Pengairan dan Saliran Semenanjung Malaysia (JPS)
- 7. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)
- 8. Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG)
- 9. Jabatan Pertanian Malaysia (DOA)
- 10. Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)
- 11. Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM)
- 12. Jabatan Kerajaan Tempatan
- 13. Kementerian Kerja Raya (KKR)
- 14. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
- 15. National Oceanography Directorate (NOD)
- 16. Jabatan Pertanian Sarawak
- 17. Jabatan Pertanian Sabah
- 18. Jabatan Perhutanan Sarawak
- 19. Jabatan Perhutanan Sabah
Aktiviti Mesyuarat JTSM 2015
- 1. Perutusan Pengerusi
- 2. Pengesahan Minit Mesyuarat JTSM Bil 1/2014
- 3. Perkara-perkara Berbangkit
- 4. Pembentangan
- a. Laporan Kemajuan JTSM Tahun 2015
- b. Makluman Pemakaian Malaysian Standard for Geographic Information/Geomatics - Feature and Attribute Codes (MS 1759)
- c. Penyelarasan Standard Pemakaian Kod Simbol dan Warna Simbol Kategori Transportation dan Utility
- d. Perancangan Tahun 2016