Skip to main content

MyGeoMap merupakan platform perkongsian maklumat geospatial agensi-agensi Kerajaan dan swasta kepada orang awam.

Access Application

 

 

Mengenai MyGeoMap

Aplikasi MyGeoMap merupakan satu aplikasi yang memaparkan maklumat tempat tumpuan secara geospatial kepada orang awam. Fungsi utama aplikasi termasuklah fungsi penambahan maklumat oleh pengguna (crowdsource), pelaporan bencana serta fungsi pandu arah dan navigasi. Capaian menggunakan aplikasi mobile juga merupakan ciri-ciri baharu yang terdapat pada aplikasi ini yang memudahkan pengguna mencapai dan menggunakan aplikasi ini pada bila-bila masa..

 

Dalam konteks perkongsian maklumat, aplikasi ini menjadi pemangkin kepada kolaborasi strategik di antara pelbagai Agensi Kerajaan dan Swasta dalam berkongsi maklumat seterusnya menjadikan aplikasi ini sebagai satu platform perkongsian maklumat yang sahih dan boleh dipercayai. Sehingga kini, sebanyak 17 Agensi telah berkolaborasi melalui perkongsian maklumat yang dikategorikan dalam 13 kategori data iaitu Perkhidmatan Kesihatan, Institusi, Pendidikan, Komuniti, Komersial, Pengurusan Bencana, Rekreasi Dan Pelancongan, Perkhidmatan Pengangkutan, Ladang Unggas, Rangkaian Jalan, Guna Tanah dan Sempadan Pentadbiran. Kolaborasi dengan agensi lain dijalankan dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan dan kesesuaian maklumat yang perlu dipaparkan di dalam Aplikasi.

 

Kebaikan MyGeoMap

Menyebar luas teknologi geospatial kepada orang awam serta menggalakkan penglibatan mereka melalui sumbangan maklumat (crowdsource).

Menjadi pusat sehenti (one stop center) bagi carian pelbagai maklumat dan lokasi berkaitan Kerajaan.

Memberi kemudahan dan peluang kepada agensi-agensi Kerajaan berkongsi maklumat menggunakan teknologi geospatial.

Mewujudkan kolaborasi dengan pelbagai agensi Kerajaan dalam perkongsian maklumat geospatial.

Ciri-ciri

  • Crowdsource - Melalui fungsi crowdsource, pengguna berdaftar boleh menambah maklumat pelaporan bencana banjir dan klinik di sekitar lokasi mereka. Maklumat yang ditambah ini akan disahkan oleh Agensi Pengesah Data seterusnya akan dipaparkan pada paparan utama aplikasi;
  • Carian - Carian lokasi berdasarkan pelbagai kriteria carian;
  • Senarai Data - Pilihan pelbagai kategori data untuk paparan;
  • Peta Asas – Pilihan pelbagai peta asas untuk paparan;
  • Petunjuk Arah - Panduan laluan dari satu lokasi ke lokasi lain;
  • Maklum Balas - Melalui fungsi Maklum Balas, pengguna berdaftar boleh menghantar sebarang aduan, pertanyaan dan cadangan kepada pentadbir aplikasi. Tindakan bagi maklum balas ini akan diambil dalam masa 14 hari;
  • Aplikasi Mobile – Kemudahan kepada pengguna untuk mencapai aplikasi dan membuat penambahan maklumat crowdsource pada bila-bila masa dan dimana jua;

Download the Manual