Bengkel Information Security Risk Assessment and Controls Applicability Methodology melibatkan seramai 25 orang pegawai dan kakitangan Pusat Geospatial Negara (PGN) yang terlibat. Bengkel ini bertujuan untuk memperkukuhkan pemahaman serta kemahiran dalam mengenal pasti, menilai dan merawat risiko selari dengan keperluan Information Security Management System (ISMS) berdasarkan standard ISO/IEC 27001:2022. Usaha yang dilaksanakan ini adalah untuk membantu pasukan pelaksana mendapatkan pensijilan ISO/IEC 27001:2022 Information Security Management System (ISMS) bagi PGN, NRES yang dijangka dilaksanakan pada buIan Jun 2025.