14 April 2025 | Isnin | 9.00 Pagi | Bilik Komputer Ampang Park, Tingkat 5, Wisma JUPEM
Mesyuarat dan sesi taklimat Aplikasi MyGeoResearch telah diadakan pada 14 April 2025 (Isnin) bertempat di Bilik Komputer Ampang Park, Tingkat 5, Wisma JUPEM, Kuala Lumpur. Tujuan sesi taklimat ini adalah untuk memperkenalkan latar belakang dan kefungsian Portal MyGeoResearch kepada JUPEM selaku urusetia baharu Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan Geoinformasi / Geomatik Kebangsaan (JTPGGK).
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sr Akhbaaruddin Bin Abd. Hamid, Pengarah Ukur, Seksyen Pengurusan Maklumat dan Pembangunan Sistem, Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara.
Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Geodata dan Penyelidikan PGN, telah membentangkan latar belakang dan kefungsian Portal MyGeoResearch. Portal ini dibangunkan sebagai platform pelaporan maklumat kajian dan pemantauan penyelidikan di bawah empat kumpulan kerja utama: Sains & Aplikasi Geospatial; Bandar; Pesisir & Laut dan Pengurusan Sumber Asli.
Satu sesi demonstrasi juga telah diadakan bagi memberi pengalaman amali sistem dan bagi mendapatkan maklumbalas pengguna.