2 Disember 2025 | Selasa | Bilik Mesyuarat Lestari, Aras 9, Blok F11, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Kompleks F, Putrajaya
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. LSr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Framework MyGDI (JTFM) ini diadakan bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dasar pembangunan dan perkongsian data melalui Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) di peringkat persekutuan dan negeri serta sebagai platform bagi setiap Agensi Tunjak 12 kategori data geospatial melaporkan segala aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun 2025 dan perancangan bagi tahun 2026.
Mesyuarat ini turut dibentangkan dengan pembentangan dari Pusat Geospatial Negara (PGN) seperti:
1. Laporan Kemajuan Tahun 2025 dan Perancangan Aktiviti Framework MyGDI bagi Tahun 2026
2. Statistik Pelepasan 12 Kategori Data
3. Taklimat Penambahbaikan Polisi Perkongsian Data
4. Introduction of Geospatial Knowledge Infrastructure - From SDI to GKI
PGN merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengerusi Agensi Tunjak, custodian data dan agensi yang sudi hadir menjayakan mesyuarat ini.