Skip to main content
Please wait...

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Penyelidikan dan Pembangunan

Penyelidikan dan pembangunan di PGN merangkumi pelaksanaan dan penyelarasan aktiviti kerjasama penyelidikan serta kolaborasi antara agensi kerajaan, institut penyelidikan dan institut pengajian dalam bidang geospatial. Seterusnya, hasil kajian boleh dikongsi dan dapat menyumbang kepada peningkatan penggunaan maklumat geospatial yang lebih berkesan.

Salah satu aktiviti kerjasama yang dilaksanakan adalah melalui urus setia Jawatankuasa Kecil Kumpulan Kerja Tema Urban And Rural Govenance (WG2) yang dipengerusi oleh Pengarah PGN. Jawatankuasa WG2 ini ditubuhkan di bawah jawatankuasa induk iaitu Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan Geoinformasi/ Geomatik Kebangsaan (JTPGGK) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JUPEM.


Perincian berkenaan Jawatankuasa Kecil Kumpulan Kerja Tema Urban And Rural Govenance (WG2)

Sub tema WG2

Penilaian Risiko Pelbagai Bahaya

Contoh : • Alam Sekitar • Geo-Bencana

Pentadbiran dan Pengurusan Tanah Secara Lestari

Contoh : • Pengurusan Ruang Bawah Tanah • Profil Kampung

Sosial Ekonomi

Contoh : • Impak sumbangan Bantuan Rakyat • Kawasan Panas Jenayah

Keahlian WG2

1. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

2. Universiti Putra Malaysia (UPM)

3. Universiti Malaya (UM)

4. Universiti Sains Malaysia (USM)

5. Universiti Teknologi MARA (UiTM)

6. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

7. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (PLANMalaysia)

8. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

9. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

10. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)

11. Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)

12. Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)

13. Perbadanan Putrajaya (PPj)

14. Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Selangor

Antara aktiviti terkini yang dijalankan dengan kolaborasi bersama ahli WG2


Bengkel Pembangunan Sistem Geoinformatik Ruang Bawah Tanah Bagi Kuala Lumpur

Bengkel telah diadakan pada 25-26 Februari 2019 bertempat di Pusat Transformasi Insan (PTI), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Agensi kerajaan yang terlibat adalah seperti JUPEM, JKR, JMG, DBKL, PLANMalaysia dan MaCGDI. Manakala agensi swasta pula dihadiri oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd., Rapid Rail Sdn. Bhd dan Prasarana Malaysia Berhad. Wakil daripada bidang akademik pula adalah dari USM, UiTM, UniMAP dan Universiti Heriot-Watt. Hasil daripada bengkel tersebut, beberapa rumusan yang perlu dititikberatkan bagi menjayakan kajian tersebut adalah berkaitan dengan jenis data, tadbir urus data, platform data, teknologi, akta dan undang-undang, perkongsian data serta kelengkapan dan ketepatan data.


Kursus Analisis Data Setelit Copernicus dan Penggunaan Perisian Open Source QGIS

Kursus ini telah diadakan pada 8-9 Julai 2019 di Wisma Sumber Asli, MaCGDI, KATS dengan kerjasama antara MaCGDI dengan Bahagian Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Objektif kursus ini adalah bagi memberikan pendedahan, pemerhatian dan penganalisisan berkaitan data yang dicerap melalui satelit sentinel yang disediakan oleh perkhidmatan Copernicus. Pemprosesan imej dilakukan dengan menggunakan perisian sediada dari Copernicus iaitu Snap. Selain daripada itu, perbandingan hasil analisa juga dilakukan dengan menggunakan perisian Open Source Quantum GIS.


Nota Kerjasama antara Pusat Teknologi Marin, UTM dan MaCGDI (Malaysia-China Research and Cooperation on Marine Renewable Energy Utilization)

Nota kerjasama antara MaCGDI dan UTM telah ditandatangani pada 11 Januari 2019. Tempoh kajian adalah selama 24 bulan. Kerjasama ini merupakan inisiatif di dalam membangunkan teknologi maklumat menjurus kepada penilaian dan pemetaan sumber tenaga laut yang boleh diperbaharui.