Images
8 Oktober 2015, MaCGDI diberi peluang untuk turut serta di dalam pameran Sempena Forum Dan Wadah Perkhidmatan Digital Kerajaan 2015 di Kementerian Wilayah Persekutuan bagi mempromosikan Program MyGDI bagi memperkasakan lagi visi dan misi MaCGDI dalam menggalakkan perkongsian maklumat geospatial di antara agensi kerajaan. Forum ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara. MaCGDI berpeluang untuk mempromosikan aplikasi-aplikasi yang telah dibangunkan kepada pengunjung pameran antaranya 1Malaysia Map, MyGDI Explorer, MyGeoname, MyGOS dan MyGeoportal.