Sempena GeoInnovation Malaysia 2025, Puan Hafirah binti Jamaludin, Timbalan Pengarah Cawangan Aplikasi Geospatial telah mewakili PGN dalam sesi temu bual berkaitan kejayaan PGN yang dinobatkan sebagai pemenang Pinnacle Geoinnovation Malaysia 2025 anjuran Esri Malaysia. Dalam temu bual tersebut, beliau telah mengulas dengan lebih lanjut berkaitan Platform Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) yang membantu pelbagai agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri dalam membangunkan Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan sejak tahun 2013. Terdahulu, Anugerah Pinnacle GeoInnovation Malaysia 2025 telah disampaikan kepada Ts. Rusliza Hanim binti Maarif, Pengarah PGN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).