Ts. Rusliza Hanim binti Maarif, Pengarah Pusat Geospatial Negara (PGN) bersama Dr. Azira binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Aplikasi GIS, PGN menghadiri Esri User Conference 2025 yang diadakan pada 14-18 Julai bertempat di San Diego Convention Center, California, United States.
Persidangan ini merupakan persidangan tahunan terbesar di dunia untuk pengguna teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) khususnya pengguna perisian Esri iaitu ArcGIS. Persidangan ini juga sebagai platform untuk melihat demonstrasi secara langsung teknologi terkini Esri, pendedahan awal tentang hala tuju produk dan ciri baharu yang bakal dikeluarkan, pertemuan lebih 15,000 pengguna GIS dari seluruh dunia, sesi teknikal, latihan langsung, bengkel, pameran agensi GIS dari seluruh dunia serta peluang bertemu jurutera Esri.
Kehadiran PGN ke persidangan ini selaku peneraju dan penyelaras Program MyGDI membuktikan komitmen yang tinggi oleh pihak Kerajaan dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan melalui penggunaan teknologi geospatial yang terkini.