Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Haji Mazli Zakuan bin Mohd Noor, Corporate Advisor/Chief Executive Officer (CEO) Menteri Besar Incorporated (MBI) Terengganu.
Kunjungan hormat ini adalah sebagai pendedahan berkenaan peranan PGN, NRECC sebagai penyelaras Program MyGDI serta kolaboratif yang boleh dijalinkan antara kedua-dua pihak.