Skip to main content

Kursus Framework Laravel

Kursus ini berlangsung selama empat (4) hari dengan penglibatan peserta yang telah mempunyai asas dalam PHP. Program bermula setiap hari pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang, bertempat di Tamarind Square, Cyberjaya.

Hari pertama dimulakan dengan pengenalan kepada Laravel, Persediaan Persekitaran Pembangunan dan Routing & Blade Templating. Hari kedua memberi tumpuan kepada Pengenalan kepada Eloquent ORM, Data Processing menggunakan Eloquent, Form Handling & Request Validation. Hari ketiga, peserta didedahkan kepada Sistem Authentication dalam Laravel, Middleware dalam Laravel, Relationship dalam Eloquent ORM. Hari terakhir memfokuskan kepada membangunkan REST API dengan Laravel, Penggunaan Laravel dalam Projek Nyata.

Kursus Framework Laravel ini dirangka bagi memberikan pendedahan menyeluruh kepada peserta mengenai pembangunan aplikasi web moden menggunakan Laravel, iaitu salah satu rangka kerja (framework) PHP yang paling meluas digunakan. Kursus ini menekankan aspek praktikal dan berstruktur bagi memastikan peserta dapat memahami konsep serta mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari.

Sepanjang kursus, peserta diberi tugasan praktikal bagi mengukuhkan pemahaman terhadap konsep yang dipelajari. Fasilitator turut menyediakan sesi soal jawab dan bimbingan teknikal secara langsung.

Kursus ini telah mencapai objektifnya dan berjaya meningkatkan kemahiran peserta dalam membangunkan aplikasi web menggunakan Laravel. Sijil penyertaan telah disampaikan kepada semua peserta pada penghujung kursus.

Kursus Framework Laravel ini bertujuan untuk:

  • Memberi pendedahan kepada peserta tentang konsep dan struktur asas Laravel sebagai framework PHP moden.
  • Membantu peserta memahami seni bina MVC (Model-View-Controller) dan bagaimana ia diaplikasikan dalam Laravel.
  • Melatih peserta membina aplikasi web yang selamat, tersusun dan berskala menggunakan Laravel.
  • Menyediakan latihan praktikal pembangunan sistem CRUD (Create, Read, Update, Delete) dengan sambungan pangkalan data menggunakan Eloquent ORM.
  • Meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan komponen utama Laravel seperti routing, blade templating, migration, middleware, dan authentication.