Kursus ISO 27001:2022 Information Security Management System (ISMS) Siri 1/2024 telah diadakan pada 9-12 Julai 2024 di BATC LODGE, UTMKL.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pemahaman mendalam mengenai Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) berdasarkan standard ISO/IEC 27001:2022. Peserta akan mempelajari prinsip-prinsip asas keselamatan maklumat, keperluan dokumentasi, serta langkah-langkah untuk mengimplementasi dan mengekalkan ISMS yang berkesan dalam organisasi. Kursus ini juga merangkumi panduan tentang penilaian risiko, kawalan keselamatan, dan proses audit dalaman untuk memastikan pematuhan terhadap standard global. Sesuai untuk pentadbir, kumpulan pelaksana ISMS, urusetia, juruaudit dan individu yang terlibat dalam pengurusan risiko dan pematuhan keselamatan maklumat.