7-10 Julai 2025 | Isnin - Khamis | Bilik Centre of Excellence (CoE), Aras 8, Menara PETRA, Putrajaya
Drupal merupakan sistem pembangunan aplikasi laman web yang telah digunakan secara meluas oleh pelbagai pihak. Kepelbagaian fungsi yang terkandung di dalam perisian sumber terbuka ini membolehkan pelbagai produk dihasilkan daripada Drupal seperti portal, forum, e-commerce, aplikasi perisian internet, blog, direktori dan jaringan sosial.
Kursus Pembangunan Aplikasi Laman Web berasaskan Drupal telah dilaksanakan pada 7-10 Julai 2025 bertempat di Bilik Centre of Excellence (CoE), Aras 8, Menara PETRA, Putrajaya melibatkan 20 orang pegawai Pusat Geospatial Negara (PGN) bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan Drupal. Sesi pembelajaran yang disampaikan oleh Encik Mohd Nor Azlan bin Marjono dari Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah berjaya meningkatkan kefahaman para peserta.
Sesi latihan turut dilaksanakan secara hands-on bagi mengaplikasikan penggunaan Content Management System (CMS) Drupal. Pelbagai teknik dan kaedah telah dipelajari dan diharapkan ianya dapat diteruskan bagi pembangunan aplikasi web di PGN pada masa akan datang.