Kementerian Ekonomi melalui Unit Pangkalan Data Utama (PADU) dan Bahagian Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Pengurusan Maklumat Geoinformatik melibatkan pegawai-pegawai dari pelbagai bahagian di bawah kementeriannya. Kursus ini merupakan sambungan serta pengukuhan daripada sesi hari pertama yang telah diadakan pada 9 Februari 2026. Kali ini, para peserta kursus telah didedahkan dengan pembangunan aplikasi GIS melalui Platform Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) bersama tenaga pengajar dari Seksyen Aplikasi GIS, Cawangan Aplikasi Geospatial, PGN iaitu Encik All Imran bin Mohd Nor, Encik Mohamad Syukri bin Haron dan Puan Azura binti Ismail. PGN mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Ekonomi khususnya PADU atas komitmen dan kerjasama yang telah dijalinkan. Semoga semua peserta kursus telah mendapat manfaat dari sesi ilmiah ini.