Skip to main content

Kursus Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam Kejuruteraan Jalan Anjuran Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia

14-16 Oktober 2025 | Selasa-Khamis | Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) Jabatan Kerja Raya, Alor Gajah, Melaka

Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia melalui Cawangan Jalan telah menganjurkan Kursus Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang melibatkan pegawai-pegawai dari jabatan dan kementeriannya. Kursus yang berlangsung selama 3 hari dengan subjek berkaitan pengenalan kepada GIS, desktop GIS, aplikasi MyGeoTranslator, sistem koordinat di Malaysia, peta bercetak dan webmap serta pembangunan aplikasi GIS melalui platform MyGOS telah dijayakan oleh Pusat Geospatial Negara (PGN) selaku tenaga pengajar iaitu Encik Mohamad Fathudden bin Mohamad Basir, Encik All Imran bin Mohd Nor dan Encik Mohamad Syukri bin Haron. Terima kasih kepada pihak JKR dan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) atas komitmen dan kerjasama yang telah dijalinkan. Semoga semua peserta kursus telah mendapat manfaat dari sesi ilmiah ini.