Bilik Latihan Centre of Excellence (COE), Aras 8, Pusat Geospatial Negara, Presint 4, Menara PETRA, Putrajaya
Latihan Asas Platform MyGOS untuk warga Pusat Geospatial Negara (PGN) telah dilaksanakan secara bersiri seperti butiran berikut:
- ArcGIS Quick Capture - 11/5/2026
- ArcGIS Experience Builder - 15/5/2026
- ArcGIS Dashboard - 22/6/2026
- ArcGIS StoryMaps - 26/6/2026
Latihan berkala yang dilaksanakan bertujuan menyediakan pengetahuan dan kemahiran kepada warga PGN dalam membangunkan aplikasi geospatial menggunakan perisian ArcGIS merangkumi fungsi Dashboard, Experience Builder, StoryMaps dan Quick Capture. Melalui latihan yang dilaksanakan, PGN selaku penyelaras MyGDI berharap dapat memperkasakan lagi tahap penyampaian perkhidmatan awam.