Latihan Pengguna MyGovUC (Tips and Tricks) telah memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada peserta berkaitan penggunaan platform MyGovUC secara lebih berkesan, teratur dan optimum. Latihan ini turut memberi penekanan kepada perkongsian tip, panduan serta kaedah praktikal yang dapat membantu peserta meningkatkan kecekapan dalam mengendalikan fungsi dan kemudahan yang disediakan melalui MyGovUC. Program Latihan Gemini dan Gemini Notebook bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran warga PGN dalam memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menyokong pelaksanaan tugasan harian secara lebih cekap, sistematik dan produktif. Latihan ini memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan penggunaan Gemini dan Gemini Notebook dalam membantu mendapatkan maklumat, menjana serta menyusun idea, menganalisis kandungan, merumuskan dokumen dan menghasilkan bahan kerja dengan lebih pantas dan berkesan.