Seksyen Aplikasi GDI telah menganjurkan kursus Pangkalan Data MySQL (Tahap Beginner dan Intermediate) di Pusat Latihan Cyberjaya, dihadiri oleh pegawai daripada Seksyen GDI, KTO, dan Portal. Pemilihan kursus MySQL adalah selaras dengan standard agensi kerajaan yang mengutamakan sistem
pangkalan data Open Source yang kos efektif dan efisien.
Objektif kursus adalah:-
a) Meningkatkan kemahiran teknikal dalam reka bentuk pangkalan data yang cekap, selamat dan berstruktur dalam menyokong pembangunan dan pengoperasian sistem secara berkesan dan mampan.
b) Memberikan latihan secara praktikal dan memastikan peserta dapat membangunkan satu pangkalan data yang cekap, selamat dan berstruktur.
c) Menambahbaik dan menyelenggara pangkalan data sedia ada.
Di antara silibus utama kursus ini adalah:-
a) Instalasi MySQL 9.6/Workbench serta pendedahan kepada alternatif seperti MariaDB dan HeidiSQL.
b) Penguasaan pelbagai data type (Int, Varchar, JSON, Spatial) untuk struktur data yang lebih fleksibel.
c) Penggunaan Trigger, Event, dan Stored Procedure untuk mengurangkan beban pengaturcaraan pada aplikasi serta meningkatkan kelajuan sistem.
d) Teknik sandaran (backup) manual dan kawalan akses pengguna bagi menjamin integriti data organisasi.
Kursus ini berjaya memperkasakan pegawai dalam merancang pangkalan data yang berintegriti. Dengan menguasai teknik automasi dan fungsi teknikal terkini, pegawai kini lebih bersedia untuk menguruskan data organisasi dengan lebih tepat, selamat dan cekap