Latihan Pengaturcaraan JavaScript ini berlangsung selama lima (5) hari bermula dari 28 September hingga 2 Oktober 2026 di Bilik Latihan, Aras 14, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Kursus ini telah dihadiri pegawai daripada Seksyen GDI, KTO dan PORTAL untuk meningkatkan kemahiran dalam pembangunan aplikasi menggunakan sumber terbuka yang lebih praktikal, stabil dan kos efektif.
Objektif utama kursus adalah memberikan pendedahan kepada pegawai PGN mengenai pembangunan aplikasi menggunakan pengaturcaraan JavaScript moden dan menyokong kepada agenda pendigitalan organisasi melalui pembangunan berasaskan javascript yang cekap, berskala dan selari dengan keperluan sistem kerajaan.
Kursus ini merupakan kursus asas kepada Pengaturcaraan Javascript moden yang memberikan pendedahan mengenai sintaks JavaScript Moden (ES6+), Asynchronous Programming dan Integrasi API, DOM Manipulation and Event Handler, Development Tools yang digunakan semasa pembangunan aplikasi serta menyediakan satu front end aplikasi yang berstruktur dan menarik. Konsep kursus ini adalah berasaskan latihan amali melalui pembinaan aplikasi atau projek yang ditetapkan oleh tenaga pengajar.