Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam pertimbangan untuk membangunkan aplikasi pemetaannya sendiri. Sehubungan itu, Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi (BTMK), AADK mengadakan lawatan ke MaCGDI untuk mendapatkan maklumat dan pendedahan mengenai pengoperasian, pencapaian dan perkhidmatan ditawarkan yang boleh membantu mereka.
Pembentangan mengenai latar belakang MaCGDI dan MyGDI serta pembentangan 1Malaysia Map dan MyGOS menjadi agenda utama lawatan ini. Pertemuan kedua-dua pihak ini akan diteruskan lagi dengan khidmat runding dan latihan berkaitan aplikasi MyGDI.