Skip to main content

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Demarcation Kali Ke-13

17 November 2025 | Isnin | Bilik Mesyuarat Utama, Aras 10, Blok F11, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Kompleks F, Putrajaya

Pusat Geospatial Negara (PGN) selaku urus setia mesyuarat dan Bahagian Kadaster, JUPEM selaku pengerusi bagi agensi tunjak dan custodian data geospatial bagi kategori Demarcation telah mengadakan mesyuarat ini bagi tujuan penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan khususnya bagi data kategori Demarcation. Mesyuarat juga telah dibentangkan mengenai status ketersediaan data dan statistik pelepasan data bagi kategori Demarcation untuk tahun 2025. 

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh custodian data Demarcation seperti Bahagian Ehwal Persempadanan, JUPEM, Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung, JUPEM, Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara, JUPEM, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), Bahagian Konservasi & Perlindungan Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Jabatan Perancang Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Laut Malaysia (JLM). Turut hadir bersama adalah agensi sokongan seperti Bahagian Geospatial Pertahanan, JUPEM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).