Mesyuarat Agensi Tunjak Dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Transportation Bil. 1/2016 telah dipengerusikan oleh Encik Hashim bin Ab. Rahman daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) selaku agensi tunjak bagi kategori Transportation. Objektif mesyuarat ini ialah bagi tujuan penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 20 orang wakil daripada pelbagai agensi custodian kategori Transportation termasuk pegawai daripada MaCGDI. Antara agensi custodian yang hadir adalah Kementerian Kerja Raya (KKR), Bahagian Geospatial Pertahanan JUPEM (BGSP), Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN) JUPEM, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Pengangkutan (MOT), Perbadan Aset Kereta Api (RAC), Perbadanan Putrajaya (PPj), Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Mesyuarat telah dimulakan dengan pembentangan prosedur permohonan dan status data yang telah dipohon oleh agensi data oleh Seksyen Pengurusan Pangkalan Geodata MaCGDI. Seterusnya mesyuarat dibentangkan mengenai status data-data kategori Transportation di GDC melalui MyGDI Data Service dan MyGOS. Selain itu juga, wakil MaCGDI turut membentangkan ketersediaan data di GDC MaCGDI.
Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit dan pembentangan status data-data setiap agensi.