Pusat Geospatial Negara (PGN) telah menganjurkan Mesyuarat dan Bengkel Kajian Semula Sasaran Kerja Utama (SKU) Tahun 2026 mulai 27 hingga 29 April 2026, bertempat di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur. Sesi mesyuarat dan bengkel yang diurussetiakan oleh Seksyen Tadbir Urus Geospatial dan Khidmat Pengurusan (SGKP) ini telah dihadiri oleh seramai 36 orang pegawai terdiri daripada pengurusan PGN serta 2 orang pegawai daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) NRES. Objektif utama bengkel ini adalah untuk membentangkan dan menilai semula SKU dan sub-SKU melibatkan kesemua cawangan di PGN untuk pelaksanaan bagi tahun 2026 dan seterusnya. Selain daripada sesi perbincangan berkaitan SKU, pembentangan bagi beberapa tajuk terpilih turut dibuat seperti berikut:
a) Pindaan Terkini Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Pelan Strategik NRES berkaitan PGN oleh En. Emeyusrezal bin Daud (Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Tadbir Urus Geospatial dan Khidmat Pengurusan, PGN)
b) Cadangan Kajian Landskap Perisian GIS di Malaysia: Meneroka Kepelbagaian Pilihan di Malaysia oleh LSr Jasmari Jamaludin (Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan, Cawangan Pembangunan Geodata dan Penyelidikan, PGN)
c) From Location to Decision: Understanding Geospatial Governance in Malaysia oleh Sr Juzaila Abd. Satar (Timbalan Pengarah, Cawangan Pembangunan Geodata dan Penyelidikan, PGN)
Bagi memberikan kefahaman yang lebih mendalam serta memastikan penetapan SKU dan penyediaan serta penilaian samada sub-SKU sedia ada atau baru adalah bertepatan seperti mana yang diperlukan, satu slot khas bersama wakil daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) NRES turut diatur sebagai sebahagian daripada program mesyuarat ini. Taklimat berkenaan pelaksanaan penilaian prestasi menggunakan sistem MyPerformance telah disampaikan oleh Puan Shaniza Md Sharif, Ketua Penolong Setiausaha (Seksyen Prestasi dan Pembangunan Modal Insan, BPSM, NRES), dengan penekanan diberikan terhadap elemen SKU dan Kompetensi Fungsian (KF). Penganjuran mesyuarat dan bengkel ini adalah sangat penting dalam memastikan pemahaman dan persetujuan terhadap objektif dan sasaran yang sama dapat dicapai dan seterusnya ditekuni khususnya oleh para pegawai PGN terutamanya di peringkat penyelia.
Mesyuarat dan Bengkel Kajian Semula Sasaran Kerja Utama (SKU) Tahun 2026 Bagi Pusat Geospatial Negara
Hotel Ancasa, Kuala Lumpur