Mesyuarat Focus Group Penyelarasan Data Geospatial Bagi Fitur State Coverage, District of Jajahan Coverage Administrative dan Mukim Coverage Administrative Di Bawah Kategori Demarcation Bil. 1/2016 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Intan, Tingkat 11, Wisma JUPEM, Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh JUPEM (Bahagian Kadaster), JUPEM (Bahagian Hal Ehwal Persempadanan), JUPEM (Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara), JUPEM (Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung) dan JUPEM (Bahagian Geospatial Pertahanan).
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menangani perkara-perkara berbangkit bagi aktiviti penyelarasan data dan maklumat geospatial bagi fitur State Coverage, District of Jajahan Coverage Administrative dan Mukim Coverage Administrative di bawah Kategori Demarcation.
Antara laporan yang dilaporkan dalam mesyuarat ini adalah mengenai Mesyuarat Focus Group Penyelarasan Data Geospatial Bagi Fitur State Coverage, District of Jajahan Coverage Administrative dan Mukim Coverage Administrative Di Bawah Kategori Demarcation Bil.1/2016 telah dipengerusikan oleh Sr Chan Keat Lim, Pengarah Ukur Seksyen Perundangan Kadaster, JUPEM iaitu selaku Pengerusi Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial Kategori Demarcation.
Beberapa slot pembentangan telah diadakan semasa mesyuarat iaitu Pembentangan Status Ketersediaan Data dan Isu-Isu Berbangkit oleh MaCGDI dan Pembentangan status penyelarasan dan pengemaskinian data oleh Bahagian Kadaster, JUPEM dan Pembentangan status ketersediaan data oleh BPDGN, JUPEM.
Hasil daripada mesyuarat telah membantu pihak JUPEM dalam membuat penyelarasan berhubung dengan aktiviti pengemaskinian data dan maklumat geospatial Bagi Fitur State Coverage, District of Jajahan Coverage Administrative dan Mukim Coverage Administrative.
Mesyuarat telah memutuskan untuk mesyuarat yang seterusnya adalah Mesyuarat Agensi Tunjak & Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Demarcation.