Skip to main content

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) Bilangan 1 Tahun 2024

28 November 2024 | 9.30 pagi | Bilik Mesyuarat Lestari, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Aras 9, Blok F11, Kompleks F, Putrajaya.

Mesyuarat JTSM telah dipengerusikan oleh Ts. Rusliza Hanim binti Maarif, Pengarah Pusat Geospatial Negara (PGN), NRES. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan dan melaporkan aktiviti berkaitan penggunaan standardisasi maklumat geospatial dalam kalangan agensi persekutuan dan negeri.
Aktiviti standardisasi yang dijalankan di bawah JTSM sepanjang tahun 2024 adalah tertumpu kepada perkara-perkara berikut:
•    Mesyuarat yang berkaitan standard;
•    Standardisasi Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah - Unique Parcel Identifier (UPI)
•    Malaysian Standard for Geographic Information/Geomatics - Feature and Attribute Codes (MS 1759)
•    Standardisasi Kod dan Warna Simbol (KWS);
•    Standardisasi Geospatial Metadata; dan
•    Standardisasi Multi-Lingual Glossary of Terms (MLGT).

Terima kasih kepada semua jabatan, agensi dan pihak berkepentingan dalam Program MyGDI dari seluruh negara yang hadir bagi menjayakan mesyuarat ini. 

#MyGDI
#STANDARD
#JTSM
#NRES