Mesyuarat Ke- 16 Kumpulan Kerja Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan (KKPDNG)
Pusat Geospatial Negara (PGN), NRES diberi tanggungjawab sebagai peneraju utama dan sekretariat bagi Kumpulan Kerja Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan (KKPDNG) yang bertujuan untuk menyelaras pembangunan Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG) dan Penerbitan Gazetir Kebangsaan.
Mesyuarat ke-16 KKPDNG telah membentangkan kemajuan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan kumpulan kerja ini bagi tempoh 19 Mei 2023 sehingga 20 Mei 2024 serta perancangan bagi tahun 2024 dan 2025.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Ts. Rusliza Hanim binti Maarif selaku Pengarah PGN, NRES dan dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa KKPDNG yang berkaitan.