20 Mei 2025 | 9.30 Pagi | Bilik Mesyuarat Lestari ( NRES ) , Blok F , Putrajaya
Mesyuarat ke-17 KKPDNG membentangkan laporan kemajuan dan aktiviti yang telah dilaksanakan kumpulan kerja ini bagi tempoh 20 Mei 2024 sehingga 19 Mei 2025 serta pelan tindakan untuk tahun 2025 hingga 2026.
Mesyuarat ini turut menyediakan ruang kepada ahli mesyuarat bagi membincangkan sebarang isu berkaitan kumpulan kerja ini. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Ts. Rusliza Hanim binti Maarif selaku Pengarah PGN, NRES dan dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa KKPDNG.