Mesyuarat Pemantapan Hala Tuju Program MyGDI dan Kajian Semula Sasaran Kerja Utama (SKU) Tahun 2025 bagi Pusat Geospatial Negara (PGN) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 22 hingga 24 Januari 2025 dengan jumlah ahli mesyuarat seramai 37 orang. Yang Berusaha Ts. Rusliza Hanim binti Maarif selaku Pengarah PGN telah mempengerusikan mesyuarat ini yang diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor.
Mesyuarat ini dijalankan dengan objektif seperti berikut:
- Mengkaji dan mengemaskini hala tuju program MyGDI agar mempunyai daya tekal dan relevan dalam memastikan pembangunan infrastuktur data geospatial yang mampan serta dapat memenuhi keperluan pelbagai sektor;
- Memberi pemahaman kepada setiap pegawai berkaitan pembangunan dan penetapan SKU;
- Mengemaskini dan menambah baik SKU serta proses kerja setiap cawangan/seksyen di PGN; dan
- Memastikan proses mengunci masuk SKU tahun 2025 dapat dilaksanakan dengan lancar dalam usaha menyokong pembangunan Submodul MyPerformance.
Antara hasil utama yang telah dicapai sepanjang mesyuarat ini dijalankan termasuklah:
- Penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Tahun 2025;
- Pengemaskinian Maklumat Korporat dan Perkhidmatan Geospatial;
- Pengemaskinian Polisi Perkongsian dan Pelepasan Maklumat Geospatial;
- Pengemaskinian Surat Pekeliling Pelaksanaan MyGDI Bilangan 1 Tahun 2024;
- Pengemaskinian Carta Fungsi Cawangan/Seksyen; dan
- Pemurnian Sasaran Kerja Utama (SKU) Cawangan Tahun 2025.
Mesyuarat yang dijalankan ini telah membantu dalam pengemaskinian maklumat korporat dan perkhidmatan geospatial, Halatuju program MyGDI, KPI dan SKU Cawangan.