Skip to main content

Mesyuarat Pemurniaan Dokumen Malaysian Standard For Geographic Information/ Geomatics-Features and Attribute Codes (MS1759:2015) Bil. 1/ 2016 bagi Kategori Soil and Vegetation

Mesyuarat diaadakan bagi membincangkan dengan lebih lanjut hasil  kompilasi cadangan penambahbaikan/pindaan Dokumen MS 1759:2015 bagi kategori Soil and Vegetation  berdasarkan mesyuarat penyelarasan yang telah diadakan pada 29 Jun 2015 dan 13 Oktober 2015.

 

Ia melibatkan pegawai daripada Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.Mesyuarat di pengerusikan oleh Timbalan Pengarah Cawangan Polisi dan Pembangunan Standard.Mesyuarat ini juga membincangkan Fitur dan Attribut bagi cadangan dan penambahbaikan /pindaan didalam Dokumen MS1759. Hasil daripada perbincangan ini, beberapa Fitur dan Attribut yang telah ditambahbaik telah dipersetujui bersama.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.20 petang.