Pelaksanaan Audit Pemantauan Pertama (Surveillance 1) bagi pensijilan ISO/IEC 27001:2022 Information Security Management System (ISMS) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya sepanjang tempoh tiga (3) hari bermula 14 hingga 16 April 2026. Mesyuarat Pembukaan Audit telah diadakan pada 14 April 2026 (Selasa) jam 9.30 pagi dan dipengerusikan oleh Pengarah PGN, NRES, Ts. Rusliza Hanim binti Maarif.
Sepanjang tempoh pelaksanaan audit, proses penilaian telah dilaksanakan oleh Ts. Muzamir bin Mokhtar dari NACSA yang bertindak sebagai Ketua Audit Dalam. Turut terlibat sebagai juruaudit ialah Puan Hafiza Aida binti Ahmad dari AADK, Puan Nurazlinda binti Nurul Asri dan Puan Norasmah binti Mohamad Maselan dari UKM Bangi yang bersama-sama menyumbang kepakaran dalam memastikan penilaian pematuhan dilaksanakan secara menyeluruh merangkumi aspek kawalan keselamatan maklumat, keberkesanan pelaksanaan serta amalan terbaik ISMS.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan audit ini telah berjaya disempurnakan pada 16 April 2026. Diharapkan hasil dapatan audit ini dapat dimanfaatkan secara menyeluruh dalam usaha memperkukuh tahap kesiapsiagaan organisasi terhadap risiko keselamatan siber, seterusnya meningkatkan perlindungan infrastruktur dan infostruktur geospatial Program MyGDI serta menyokong aspirasi keselamatan ICT sektor awam yang mampan, berdaya tahan dan berintegriti tinggi.