Skip to main content
Please wait...

Pada 20 Ogos 2021, PGN yang diwakili oleh Seksyen Polisi dan Outreach, Cawangan Pembangunan Polisi, Standard dan Outreach (CPPSO) telah mengadakan pertemuan secara maya bersama pihak Pusat GIS Pulau Pinang (PEGIS).

Tujuan pertemuan ini adalah untuk sesi perkongsian mengenai prosedur/tatacara pengiraan kadar harga data spatial berdigit dan data terbitan yang telah dikeluarkan oleh pihak PEGIS.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak PEGIS khususnya kepada Encik Abdul Azhar bin Ibrahim dan Puan Faiezah binti Mahamat kerana sudi menyantuni PGN dalam sesi perkongsian ini.