Sempena GeoInnovation Malaysia 2025, Ts. Rusliza Hanim bintiMaarif, Pengarah PGN telah ditemu bual dalam sesi khas oleh The Edge Malaysia. Dalam temu bual tersebut, beliau telah mengulas dengan lebih lanjut berkaitan peranan PGN sebagai peneraju Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) bagi menyokong agenda transformasi digital negara melalui pembangunan ekosistem geospatial yang berkualiti dan mudah dicapai menggunakan Platform Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS).
Platform MyGOS telah banyak membantu pelbagai agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri dalam membangunkan Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan sejak tahun 2013. Terdahulu, Ts. Rusliza Hanim turut hadir menerima Anugerah Pinnacle GeoInnovation Malaysia 2025 melalui projek Platform MyGOS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Sesi Temu Bual Khas Pengarah PGN oleh The Edge Malaysia
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)