Skip to main content

Mesyuarat Agensi Tunjak dan Custodian Data Geospatial bagi Kategori Soil and Vegetation Bil. 1/ 2016

Mesyuarat Agensi Tunjak Dan Custodian Data Geospatial Bagi Kategori Soil & Vegetation  Bil. 1/2016 telah dipengerusikan oleh En. Zabidi bin Dun  daripada Jabatan Pertanian Malaysia selaku agensi tunjak bagi kategori Soil & Vegetation. Objektif mesyuarat ini ialah bagi tujuan penyelarasan, pengemaskinian dan mengenal pasti isu-isu yang timbul dalam pembangunan dan perkongsian data geospatial di kalangan agensi-agensi kerajaan.

 

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 17 orang wakil daripada pelbagai  agensi custodian kategori Soil & Vegetation termasuk pegawai daripada MaCGDI. Antara agensi custodian yang hadir adalah Jabatan Pertanian Malaysia (DoA), Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Bahagian Geospatial Pertahanan JUPEM (BGSP), Jabatan Hutan Sarawak dan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS).

 

Mesyuarat telah dimulakan dengan pembentangan prosedur permohonan dan status data yang telah dipohon oleh agensi data oleh Seksyen Pengurusan Pangkalan Geodata MaCGDI. Seterusnya mesyuarat dibentangkan mengenai status data-data kategori Soil & Vegetation di GDC melalui MyGDI Data Service dan MyGOS. Selain itu juga, wakil MaCGDI turut membentangkan ketersediaan data di GDC MaCGDI.

 

Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit dan pembentangan status data-data setiap agensi.