Skip to main content
Please wait...

Pada 18 Mac 2021, Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah menyantuni kunjungan hormat daripada Pusat Geospatial Negara (PGN). Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju struktur pengurusan tadbir urus MyGDI susulan maklum balas yang diterima daripada agensi melalui Bengkel Penyediaan Draf Pekeliling dan SOP Perkongsian dan Pelepasan Maklumat Geospatial di bawah MyGDI Bil 2/2020 yang telah diadakan pada 24 November 2020 yang lalu secara dalam talian.

 

Delegasi PGN diketuai oleh Puan Pengarah, diiringi bersama Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Polisi, Standard dan Outreach beserta lima (5) pegawai daripada Seksyen Polisi dan Outreach, PGN.

 

Sesi kunjungan hormat ini melibatkan pembentangan mengenai cadangan daripada pihak PGN untuk menyediakan satu pekeliling baharu berkaitan pelaksanaan MyGDI dengan mengambil kira pindaan daripada enam (6) surat pekeliling MyGDI sedia ada. PGN turut memaklumkan tentang dua (2) cadangan bagi struktur pengurusan tadbir urus MyGDI yang baharu dengan mengambil kira pandangan dan persetujuan daripada pihak PHN.

 

Pihak PGN mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PHN atas layanan mesra yang diberikan sepanjang sesi kunjungan hormat ini diadakan dan berharap kolaboratif strategik antara PGN dan PHN akan sentiasa terjalin dalam menyokong MyGDI bagi meningkatkan mutu perkhidmatan bidang geospatial kepada rakyat.