Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedang melaksanakan projek penaiktarafan perisian GIS bertujuan menyediakan infrastruktur perkongsian data melalui platform MyGOS yang lebih selamat dan terkini selaras dengan agenda transformasi pendigitalan negara. Melalui projek tersebut, agensi yang berkolaborasi melalui platform MyGOS berpeluang untuk menambah baik fungsi aplikasi GIS sedia ada melalui Program Interim Operational Capability (IOC). Justeru itu, bengkel SRS ini di adakan bagi memperincikan keperluan teknikal agensi yang terlibat.
Objektif/ Tujuan:
1. Memperincikan spesifikasi keperluan sistem berpandukan kepada Dokumen Keperluan Integrasi Sistem yang telah dilengkapkan oleh agensi;
2. Menghasilkan Dokumen Spesifikasi Keperluan Sistem (SRS) dan Spesifikasi Integrasi Sistem (SIS); dan
3. Membincangkan jadual pelaksanaan Program Interim Operational Capability (IOC).
Pegawai/ Agensi Terlibat:
1. Kementerian Dalam Negeri (KDN)
2. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
3. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
4. Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK)
5. Pusat Geospatial Negara (PGN)