Kursus ini berlangsung selama empat (4) hari dan telah berjaya menghimpunkan para peserta dari pelbagai latar belakang teknikal. Setiap sesi bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 5.00 petang. Pengisian kursus merangkumi teori serta latihan praktikal secara berperingkat, bermula daripada asas PHP sehingga kepada pembangunan sistem web asas menggunakan PHP dan MySQL.
Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang bagaimana membangunkan aplikasi web dinamik menggunakan PHP dengan sokongan penuh daripada Laragon. Antara kemudahan yang ditawarkan oleh Laragon termasuklah pemasangan automatik untuk Apache/Nginx, MySQL, PHP dan pengurusan domain tempatan dengan mudah. Dalam latihan PHP ini, Laragon digunakan sebagai alat utama untuk menyediakan persekitaran pembangunan yang lengkap dan bersedia untuk membina aplikasi web berasaskan PHP dan MySQL.
Hari pertama dimulakan dengan pengenalan kepada PHP, struktur asas sintaks, dan konfigurasi persekitaran pembangunan menggunakan Laragon. Hari kedua menumpukan kepada pengendalian borang (form handling), fungsi, dan kawalan aliran (flow control). Pada hari ketiga, peserta mula membina sistem ringkas seperti sistem log masuk menggunakan sesi (session) dan sambungan ke pangkalan data. Hari terakhir digunakan untuk menyiapkan projek mini dan sesi pembentangan serta soal jawab.
Kursus ini telah mencapai objektifnya dengan jayanya dan mendapat maklum balas positif daripada para peserta. Sijil penyertaan diberikan kepada semua peserta pada akhir kursus.
Kursus Bahasa Pengaturcaraan PHP ini dianjurkan bagi mencapai objektif berikut:
- Memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai konsep dan struktur bahasa pengaturcaraan PHP.
- Meningkatkan kefahaman peserta terhadap penggunaan PHP dalam pembangunan laman web dinamik.
- Membimbing peserta dalam membina aplikasi web ringkas menggunakan PHP dan pangkalan data MySQL.
- Menggalakkan peserta mengaplikasikan PHP secara praktikal melalui latihan dan tugasan.
- Mewujudkan asas kukuh untuk peserta menyambung pembelajaran ke tahap pengaturcaraan web yang lebih kompleks.