1 Julai 2025 | Selasa | 9.30 Pagi | Bilik Mesyuarat Bahagian Rekabentuk Forensik, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik , Ibu Pejabat JKR Malaysia
Satu mesyuarat bersama Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dilangsungkan bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penghasilan pemodelan profil sub-permukaan secara 2D dan 3D.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ir. Som Pong A/L Pichan, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Siasatan Tapak dan turut dihadiri oleh wakil PGN dari Cawangan Aplikasi Geospatial serta Cawangan Pembangunan Geodata dan Penyelidikan.
JKR melalui Cawangan Kejuruteraan Geoteknik telah menjalinkan kolaborasi bersama PGN di bawah Platform MyGOS untuk penyimpanan, paparan dan perkongsian data geoteknik yang meliputi maklumat lubang gerek serta data-data geoteknik seperti yang terangkum dalam laporan siasatan tapak (SI).