13 November 2025 | Khamis | Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, Menara PETRA, Presint 4, Putrajaya
Pusat Geospatial Negara (PGN) menerima kunjungan hormat daripada delegasi UTMSPACE yang diketuai oleh Puan Siti Khatijah binti Hamzah, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran dan Perhubungan Pelanggan. Kunjungan ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama strategik antara UTMSPACE dan Pusat Geospatial Negara (PGN), serta membincangkan potensi kolaborasi dalam bidang pendidikan, latihan profesional serta pembangunan kompetensi. Sebagai Penyelaras Infrastruktur Geospatial Kebangsaan (MyGDI), PGN sentiasa mengalu-alukan kolaborasi bersama institusi akademik bagi memperkukuh perkongsian data geospatial negara. Semoga pertemuan ini menjadi permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan. Terima kasih kepada UTMSPACE atas kesudian hadir ke PGN.